Saturday, October 15, 2016

SDI 90: Iddah Bagi wanita Yang Ditalaq Ketika Hamil Setelah Itu Keguguran

Seorg wanita hamil ditalakkan oleh suaminya. Tak berapa lama, dia keguguran. Apakah iddahnya tamat dgn keguguran tersebut atau bagaimana?
Jawapan:
Bagi wanita diceraikan kwtika hamil setelah itu mengalami keguguran, maka ia berbeza mengikut keadaan janin yg gugur:
1) jika janin telah jelas kelihatan tangan dan kaki, maka ittifaq (bersepakat) ulama, iddahnya berakhir dengan keguguran tersebut.
2) berbentuk ketulan daging yg tidak jelas bentuk manusia. Namun dgn penyaksian pakar yg dipercayai ia telah memiliki bentuk atau sifat manusia spt tangan dan kaki, namun terlaku halus sehingga tidak kelihatan dgn mata kasar. Maka Iddahnya tamat dgn keguguran di sisi jumhur ulama (majority ulama).
3) berupa ketulan daging yg masih belum berbentuk. Namun diperakui oleh pakar yg ianya adlh permulaan ciptaan manusia. Jika ia tidak gugur, sudah pasti akan membentuk seorg manusia. Iddah wanita keguguran spt ini tamat dgn keguguran tersebut di sisi para ulama mazhab al-syafie dan berdasarkan satu riwayat di sisi ulama hambali. Namun jika yg keluar ketika keguguran hanya segumpal darah, iddah baginya hendaklah melalui 3 quru'.
3 quru' ialah 3 kali suci berdasarkan pandangan yg paling rajih.
WA

SDI 89: Hadis Ulang Solat Kerana Isbal

As salam ust...maaf ganggu..sy pernah diberi tahu ada satu hadith yg bahasa Baginda Nabi SAW. Menyuruh seorang shbt solat semula kerana dia isbal...tp tidak dinyatakn sumbernya...sy Cuba juga cari sekadar yg sy mmpu,,tp x jumpa juga hadith tu...harap ustaz Bantu sy,,apakah benar ada hadith itu,,Dan jika ada,,apakah status nya?terima kasih ust..jazakallahu khair.
Jawapan:
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud, dinilai LEMAH oleh al-Albani:
WA

SDI 88: Nifas Bagi Wanita Keguguran

Wanita yg keguguran, Berapakah lamakah dia dikira bernifas?
Jawapan:
Wanita yg keguguran slps usia kandungan 42 hari, darah yg keluar adlh darah nifas. Tiada tempoh minimum, jika tiada darah dikira tiada nifas. Wajib segera mandi berdasarkan pandangan ulama mazhab al-syafie. Dan pandangan ini lebih berhati2, terutamanya pd kebiasaan darah nifas ttp keluar sekalipun sedikit.
Sseorg wanita bersalin bergantung kpd keberadaan darah atau tiada. Tiada tempoh paling pendek, manakala tempoh paling lama adlh selama 40 hari. Jika darah berterusan keluar slps 40 hari dikira darah istihadhah. Wajib mandi, solat, puasa dan boleh bersama dgn suami.
WA

SDI 87: Zihar Isteri Lalu Ceraikannya

🔴seorang lelaki telah menziharkan isterinya.dia enggan membayar kifarah.lalu diceraikan isteri tersebut.setelah habis tempoh iddah dinikahi semula bekas isterinya.soalannya adakah kifarahnya dikira selesai atau masih kena bayar.
Jawapan:
Tidak gugur kaffarah Zihar dgn mentalak isteri kemudian menikahinya semula slps tempoh iddah. Inilah pandangan majoriti ulama.
WA

SDI 86: perbezaan mashaf dengan tafsir

Macam mana yer,saya kurang faham dengan perbezaan mashaf dengan tafsir,
Sebab seminggu kdg2 2-3 kali baca alquran tapi bukan alquran besar saya baca.
Saya baca AL-QURAN tafsir.
Didalam itu setiap bacaan Alquran ada terjemahannya.yakni kita baca alquran sambil menghayati maknanya.
Jawapan:
Terjemahan alquran adlh termasuk dlm kategori tafsir. Di dlmnya bercampur diantara kalam Allah dan terjemahan kpd bahasa lain yg merupakan mafhum kpd kalam Allah yg asalnya berbahasa Arab.
WA

SDI 85: beza tafsir dengan mashaf

Apa beza tafsir dengan mashaf ?
Jawapan:
Tafsir bukan alquran. Tafsir adalah huraian dr perkataan ulama terdapat ayat alquran yg berupa kalam Allah.
Mashaf adlh buku yg terkandung d dlmnya kalam Allah yg mulia. Manakala tafsir terkansung d dlmnya kalam manusia (ulama tafsir) dgn kalam Allah. Jika tafsir lebih banyak dr kalam Allah, ia dikira sbgi tafsir bukan mashaf alquran. Namun jika ayat alquran lebih banyak dr penafsiran, ia dikira sbg maahaf alquran. Demikian juga jika tafsiran dan ayat alquran sama banyak, ia juga dikira sbg mashaf alquran, berdasarkan kaedah apabila bertembung diantara tegahan dan kebenaran, maka didahulukan tegahan.
WA

SDI 84: Tentang Wanita Haid

As'salamualaikum ustaz saya ada soalan nak ditanyakan :
1) benarkah wanita haid boleh baca Alquran,kecuali wanita yang (berjunub)
2) bagaimana pendapat ustaz segelintir ustaz mengatakan boleh baca alquran semasa haid,tetapi jangan sentuh ayatnya.?
As'salamualaikum ustaz Bin Sahak.
Saya harap ustaz beri pencerahan/jawapan soalan saya diatas.☺️
🌱Jazakallahukhairan🌱
Jawapan:
1) majoriti ulama melarang wanita haid membaca alquran walau dr hafalannya. Namun imam malik dan salah satu riwayat dr imam ahmad berpandangan boleh. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh al-islam Ibn taimiyyah, beliau berkata: "bagi yg melarang wanita haid membaca alquran, tiada sebarang nas yg sahih lagi jelas." Kata beliau lagi: "Dan telah diketahui bahawa dahulunya para wanita d zaman nabi saw mengalami haid, Dan tidak pernah baginda melarang mereka mmbaca alquran, sama sptmana baginda tidak melarang mereka dr berzikir dn berdoa."
Wallahu a'lam, pandangan ini kelihatan lebih kuat. Apatah lagi memandangkan haid bukan suatu pilihan, sebaliknya ia suatu ketetapn utk para wanita. Sehingga al-imam Ibn alqayyim menyatakan jika dihalang wanita haid dr mmbaca alquran sedah tentu akan terhalang banyak kebaikan utk mereka. Akan hilang juga semua hafalan dr mereka.
Wanita haid boleh mmbaca alquran ini adlh pandangan mazhab malik, salah satu riwayat dr imam ahmad dan salah satu qaul dr imam alsyafie. Adapun hadis yg bermaksud: "jangan wanita haid membaca sesuatu dr alquran." Adlh satu hadis yg bermasalah dgn keaepakatan semua ulama.
2) Cuba elakkan dr menyentuh mashaf alquran bagi keluar dr perbezaan pendapat ulama. Baca melalui hafalan, atau melalui alquran dr hp, atau tafsir.
Larangan yg ada adlh menyentuh mashaf alquran bukan huruf alquran. Jadinya alquran versi android dan tafsir bukan mashaf. Maka ia boleh diaentuh.
WA