Tuesday, September 27, 2016

SDI 74: Kadar Bacaan Surah Untuk Solat Fardhu

SDI 74 (susulan SDI 73):
Solat subuh biasanya bacaan surah pjg. Adakah semua solat kadar pjg bacaan adalah lebih kurg sama dgn surah al-a'la?
Jawapan:
Yer, solat subuh bacaannye lebih panjang dr bacaan solat2 fardhu yg lain.
Panjang atau pendek solat nabi saw berbeza2 berdasarkan situasi. Jika keadaan makmum bersedia utk dipanjangkan bacaan solat, baginda akan memanjangkannya. Jika keadaan makmum sebaliknya, baginda akan memendekkannya. Jika baginda berhasrat memnjangkan solat, tiba2 ada sesuatu yg mendatang, yg memerlukan dipendekkan solat spt baginda mendengar tangisan bayi, maka baginda memendekkan bacaan solat.
Spt yg dijelaskan, panjang dan pendek bacaan nabi saw berdasarkan situasi, namun bacaan panjang itu berlaku jarang2, bg menunjukkan keharusan. Manakala bacaan pendek itu dilakukan dlm kebanyakan keadaan bagi menunjukkan afdhal.
Jika ditanya berkaitan kadar bacaan nabi saw di dlm solat, kata para ulama, sunnahnya bacaan utk:
1) solat Subuh dan Zohor ialah (kadar surah) Tiwal al-mufassal (dr surah al-hujuraat - al-nazi'aat), dimana Subuh lebih panjang dr Zohor.
2) Asar dan 'isyak pula (kadar surah) Awsath al-Mufassal ('Abasa - waddhuha).
3) solat maghrib pula (kadar surah) Qisor al-Mufassal (al-insyirah - al-Nas)
WA

0 comments: